Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Asal
Muasal
Rembau

Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.

50%

Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar

Giliran Penyandang Pusaka YTM Dato' Undang Luak Rembau

Pusaka YTM Dato’ Undang Luak Rembau disandang bergilir antara Waris Lela Maharaja (Biduanda Jakun) dan Waris Sedia Raja (Biduanda Jawa).

Waris Lela Maharaja berasal keturunan Dato’ Lela Belang bersama isterinya Tok Bungkal berdarah Bendahara Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang.

Manakala Waris Sedia Raja yang menyandang pusaka YTM Dato’ Undang Rembau pula berketurunan Seri Rama bersama Siti Hawa, iaitu seorang puteri berketurunan Jawa.

Pemilihan serta pelantikan YTM Dato’ Undang terbahagi kepada dua bahagian atau kawasan, iaitu bahagian darat atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Darat’ dan bahagian pesisir sawah atau sungai iaitu ‘Baruh’.

Pembahagian sedemikian berfungsi khusus dalam soal pemilihan Undang. Mengikut adat istiadat perlembagaan Rembau, pemilihan calon Undang berdasarkan sistem giliran perut atau kampung membabitkan kedua-dua kawasan ini.

Pesaka atau jawatan YTM Dato’ Undang Rembau hanya boleh diisi Anak Waris daripada dua perut itu secara bergilir. Pembahagian perut atau kampung tersebut seperti berikut:

Kawasan Baruh > Lela Maharaja (Biduanda Jakun)

i) Kota

ii) Chengkau

iii) Gadong

iv) Tebat

Kawasan Darat > Sedia Raja (Biduanda Jawa)

1) Tengah

ii) Bukit

iii) Pulau

iv) Tanjung

Apabila jawatan Undang disandang Biduanda Jakun maka hendaklah dipilih Anak Waris dari Kota, Chengkau, Gadong atau Tebat. Manakala pusaka YTM Dato’ Undang Luak Rembau disandang Biduanda Jawa maka mestidipilih Anak Waris dari Bukit, Pulau, Tanjung atau Tengah.

Sistem pewarisan sedemikian bertujuan setiap perut dalam kalangan suku Biduanda Waris Berundang di Rembau mendapat peluang mewarisi pusaka YTM Dato’ Undang Luak Rembau apabila tiba gilir masing- masing serta mengikut ketetapan dahulu kala.

Sumber penceritaan:

1. JSBRAS, Vo. 56, Rembau one of the nine states: Its history, constitution and customs, C.W.C Parr dan W.H Mackray, 1910
2. Tesis Sejarah Pertumbuhan Institusi Undang Luak Rembau, Mad Pazir Md. Ahair, 1988

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong