Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Sejarah
sungei Ujong

Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.

100%

Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar

Bukan Suku Tetapi Sistem Waris Di Sungei Ujong Diiktiraf British Dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Corak pemerintahan dan pentadbiran mengikut Waris di Luak Sungei Ujong, Negeri Sembilan sudah dipraktikkan sejak zaman purbakala.

Dahulunya, setiap dato’ adat bagi Waris-waris di Sungei Ujong berkuasa mengutip cukai dan zakat, selain denda kesalahan-kesalahan jenayah dalam negeri.

Bagaimanapun apabila British campur tangan dalam pemerintahan mulai perjanjian pada 1895, dato’-dato’ adat ini hilang kuasa mengutip cukai dan denda (kecuali zakat) dan digantikan dengan elaun pencen seumur hidup.

Bagi memudahkan pemberian elaun pencen seumur hidup, British menggunapakai sistem Waris adat zaman purbakala Sungei Ujong.

Perihal ini dirakamkan menerusi surat Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu kepada Residen British di Negeri Sembilan pada April 1903.

Dalam surat itu, Residen Jeneral memohon Residen British di Negeri Sembilan memperincikan makna Waris di-Darat dan Waris di-Ayer Luak Sungei Ujong bagi membezakan sistem Waris yang turut digunakan oleh kerabat diraja Perak.

Menerusi dokumen rasmi pada April 1903 ini, ternyata sistem Waris Luak Sungei Ujong bukan asing dan baharu. Malah sebenarnya diperakui pentadbiran kolonial British dan diteruskan Kerajaan Negeri Sembilan dan Persekutuan sehingga kini.

Nota 1: Kedudukan Waris telah pun dimaktubkan secara terperinci dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Nota 2: Waris di-Darat dan Waris di-Ayer dikenali sebagai Waris Negeri, berkedudukan sama seperti kerabat diraja Perak. Perbezaan hanya pada garis nasab, yang mana Perak mengikut nasab bapa manakala Waris Negeri Sungei Ujong mengikut nasab ibu.

Nota 3: Waris Negeri asalnya dikenali Waris Biduanda Sungei Ujong, bermakna berketurunan orang besar istana Johor Lama. Waris Negeri berketurunan Bendahara Sekudai Bendahara Paduka Raja Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga.

 

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong