Media & Penerangan

Buletin Terkini

KUNJUNGAN HORMAT
YAB MENTERI BESAR PERAK

Pada Khamis 20 Jun 2024, Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong diwakili YM Dato’ Johan Tua Tahu Lembaga Waris Klana di-Hulu mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Diiringi YM Dato’ Bentara Jaya Kanan, pertemuan mesra antara pembesar Sungei Ujong dengan ketua kerajaan Perak itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar di Ipoh.

Dalam sesi berbual dan bertukar pendapat, YM Dato’ Johan Tua Tahu menumpukan topik pelancongan warisan budaya dan adat antara Sungei Ujong dan Perak.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO PELANCONGAN, KESENIAN & BUDAYA NEGERI SEMBILAN

YM Dato Johan Tua Tahu Lembaga Waris Klana di-Hulu, YM Dato Lela Bangsa Buapak Waris Klana di-Hilir dan Dato Bentara Jaya Kanan Orang Besar Lembaga Waris Klana di-Hulu mengadakan kunjungan hormat terhadap EXCO Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Puan Nicole Tan Lee Koon di Rumah Putih Seremban.

Dalam pertemuan pada Isnin 15 April 2024 itu, pembesar-pembesar adat Sungei Ujong membangkitkan warisan-warisan Sungei Ujong yang boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan negeri.

Sebahagian aset Sungei Ujong yang ditumpukan ialah Telapak Warisan Balai YTM Dato’ Klana Petra Muhammad Yusof Hashim, Telapak YM Orang Kaya Dato Laksamana Raja Laut dan Telaga Undang Sungei Ujong.

Semua produk pelancongan berkenaan sudah berusia melebihi 200 tahun dan menjadi saksi pembentukan, perkembangan dan kemajuan Sungei Ujong sehingga menjadi sebahagian Negeri Sembilan.

OLEK MALAM 7 LIKUR DI PORT DICKSON JAJAHAN SUNGEI UJONG

Bagi merai 10 Malam terakhir Ramadan, Luak Sungei Ujong mengadakan Olek Malam Tujuh Likur.

Bertempat di Surau Bandar Baru Sunggala Port Dickson, majlis dihadiri YM Dato Andulika Mandalika Tua Lembaga Waris di-Darat, YM Dato Johan Tua Tahu Lembaga Waris Klana di-Hulu, YM Dato Lelabangsa Buapak Waris Klana di-Hilir, Orang Besar Linggi YM Dato Panglima Besar dan berserta Pembesar² Adat Luak Sungei Ujong yang lain.

Hadir sama EXCO Kerajaan Negeri YB Dato Mohd Faizal Ramli dan penduduk sekitar Sunggala Port Dickson.

Malam Tujuh Likur, merupakan adat kepercayaan masyarakat Melayu, pada 10 malam terakhir Ramadan, dan apa yang lebih spesifiknya, ketika malam ke-27.

Pada malam tujuh likur ini, masyarakat Melayu secara tradisinya memeriahkan persiapan raya dengan menyalakan pelita di sepanjang jalan kampung dan menyerikan suasana dengan aktiviti sesama jiran sekampung dengan mengacau dodol, membuat wajik dan bermain meriam buluh.

Ada yang mengatakan juga, bahawa pemasangan pelita memudahkan orang kampung untuk pulang ke rumah masing-masing, setelah beribadah di masjid atau surau.

Ini disebabkan, ramai yang pulang lewat dari masjid pada 10 malam terakhir Ramadan, untuk meluangkan lebih banyak masa beribadat dan duduk beriktikaf di rumah Allah.

Sudah menjadi tradisi orang Melayu, memasang lampu pelita sebelum berlalunya Ramadan.

Kebiasaannya, pelita dipasang semasa 10 malam terakhir Ramadan, yang dipanggil sebagai Malam Tujuh Likur oleh kebanyakan mereka dan dipasang sehingga Hari Raya Ke-7 lebih-lebih lagi pada malam 27 Ramadan.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong