Dewan Perniagaan & Penjaja Kecil Sungei Ujong

PENUBUHAN DEWAN PERNIAGAAN DAN PENJAJA SUNGEI UJONG

Prihatin dengan kebajikan peniaga dan penjaja dalam kalangan anak-anak waris Luak Sungei Ujong di negara ini, Dato’-Dato’ Lembaga dan Buapak Waris Negeri memutuskan untuk menubuhkan Dewan Perniagaan dan Penjaja Sungei Ujong pada 31 Januari 2023.

Pembesar-pembesar adat menerusi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong berhasrat supaya Dewan Perniagaan ini menjadi kesatuan yang menggabungkan peniaga dan penjaja kecil yang aktif berniaga di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

Secara tidak langsung ia mewujudkan peluang dan ruang perniagaan kepada peniaga dan penjaja melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong juga akan memperjuangkan aspek kebajikan dan peluang kepada peniaga dan penjaja tempatan agar diberikan potensi tambah nilai kepada bidang perniagaan yang dijalankan.

Selain itu, Dewan Perniagaan ini akan mewujudkan peluang perniagaan di dalam negeri dan luar negeri melalui kerjasama dengan agensi keusahawanan negara.

Dewan Perniagaan dan Penjaja Sungei Ujong menyediakan ruang luas kepada syarikat kecil dan sederhana khususnya, di samping industri lain bagi melaksanakan jaringan perniagaan, pembangunan usahawan serta panduan perniagaan dalam kalangan komuniti.

Majlis Dato Lembaga Adat Luak Sungei Ujong akan memastikan ahli di dalam dewan mendapat keutamaan dan kebajikan dalam meluaskan aspek perniagaan dan pemasaran perniagaan melalui platform Dewan Perniagaan dan Penjaja Sungei Ujong.

Pengurusan Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong 31 Januari 2023.

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong