Majlis berkuat kuasa berdasarkan kuasa Waris Negeri dan Dato-Dato Lembaga Adat Sungei Ujong dengan restu perkenan Kebawah Kaus YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong mengikut Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 32 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Selaras dengan sifat-sifat khusus Pembesar Adat yang dijamin menerusi Perkara 19(6)(c) dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, Majlis sebelum ini wujud sebagai “Sungei Ujong State Council” sejak 1883 diberi nafas baru sebagai “Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong” atau dalam bahasa Inggeris “Sungei Ujong Customary Council” pada 9hb Mac 2022.
Anggota-anggota S.U.C.C.C yang terdiri daripada Pembesar-Pembesar Adat dan Waris hendaklah membantu, mendukung, bermuzakarah, memberikan pandangan dan taat setia kepada Kebawah Kaus YTM Dato’ Klana Petra bagi menjalankan tugas-tugasnya selaku Undang Luak Sungei Ujong dan Raja bersama bagi Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pembesar-Pembesar Adat tersenarai ini adalah pemegang amanah semasa yang sah dan diperakui Dewan Keadilan dan Undang dalam pemerintahan Luak Sungei Ujong, Negeri Sembilan Darul Khusus.