Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Sejarah
sungei Ujong

Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.

100%

Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar

Perbezaan Antara Waris dan Suku

(Gambar Hiasan)

Terdapat kekeliruan mengenai istilah waris dan bukan istilah suku diguna Luak Sungei Ujong. Seperti dinyatakan dalam artikel terdahulu, Sungei Ujong tidak menggunakan sistem suku nan 12 atau 12 suku.

Sebaliknya memakai sistem waris dalam struktur pemerintahan negeri dan pentadbiran adat. Mengikut portal rasmi Kerajaan Negeri, 12 suku di Negeri Sembilan ialah:

1. Biduanda
2. Paya Kumboh
3. Tanah Datar
4. Batu Hampar
5. Tiga Nenek
6. Anak Acheh
7. Mungkal
8. Sri Melenggang
9. Anak Melaka
10. Sri Lemak
11. Batu Belang
12. Tiga Batu

Bagaimanapun, tidak semua suku nan 12 itu ada di Sungei Ujong. Sungei Ujong mentadbir adat mengikut waris. Antaranya Waris Rantau, Waris Labu, Waris Andulika Mandulika, Waris Linggi dan lain-lain.

Tidak pernah istilah suku digunakan untuk mengenalpasti waris. Malah tidak pernah wujud istilah, misalnya suku Rantau, suku Labu, suku Biduanda Paroi dan lain-lain.

Benar, beberapa kelompok dalam suku nan 12 itu wujud di Sungei Ujong, namun mereka bukan suku sebaliknya Waris di Sungei Ujong. Kelompok Batu Hampar misalnya, terdapat beberapa Waris. Antaranya Waris Batu Hampar Pantai, Waris Batu Hampar Sungai Jai dan Waris Batu Hampar Labu.

Jika kita mengikut sistem suku, lelaki Batu Hampar tidak boleh berkahwin dengan perempuan Batu Hampar dalam sesebuah luak. Berbeza dengan sistem Waris, di Sungei Ujong mereka boleh berkahwin.

Misalnya, orang Batu Hampar Pantai boleh berkahwin dengan orang Batu Hampar Labu. Yang tidak dibenarkan ialah nikah se-waris. Lelaki Batu Hampar Pantai dengan perempuan Batu Hampar Pantai misalnya, tidak boleh berkahwin.

Itupun adat sedemikian tidak terpakai kepada semua kumpulan Waris di dalam Sungei Ujong. Contohnya Waris Linggi yang mengamalkan Adat Linggi (Bugis), tidak menjadi kesalahan adat untuk mereka berkahwin se-waris, asalkan tidak se-wali antara pengantin lelaki dan perempuan di Linggi.

Sehingga November 2022, terdapat 91 waris seluruh Luak Sungei Ujong dalam rekod Balai Undang Luak Sungei Ujong dan Telaga Undang Sungei Ujong. Bilangan kumpulan waris banyak disebabkan Sungei Ujong menjadi tumpuan migrasi sejak dari zaman Kesultanan Melaka.

Maka pelbagai rumpun Melayu datang bertandang ke Sungei Ujong. Selain itu, Sungei Ujong menjadi tumpuan kaum Cina Melaka dan Tanah Besar China untuk melombong bijih timah dan berniaga pada abad ke-19.

Nota 1: ‘Waris’ dalam bahasa Inggeris bermakna ‘House’. Contohnya ‘House of Tudor’ jika ikut istilah waris jadi ‘Waris Tudor’

Nota 2: ‘Suku’ dalam bahasa Inggeris bermakna ‘Tribe/Clan’. Contohnya ‘Tokugawa clan’ jika ikut istilah suku jadi ‘Suku Tokugawa’

Nota 3: ‘Waris’ dalam bahasa Arab bermakna ‘bani/banu’. Contohnya ‘Bani Hashim’ jika ikut istilah waris jadi ‘Waris Hashim’

Nota 4: ‘Suku’ dalam bahasa Arab bermakna ‘kabilah’. Contohnya ‘Kabilah Arab Quraisy’ jika ikut istilah suku jadi ‘Suku Arab Quraisy’

Nota 5: Berdasarkan dapatan kajian Majlis Dato’ Lembaga Adat Sungei Ujong, sistem waris Sungei Ujong hampir sama dengan sistem ‘peerage’ kerajaan-kerajaan Arab, Parsi dan Eropah zaman dahulu. Sebaliknya, sistem suku nan 12 atau 12 suku lebih banyak menyamai sistem ‘clan’ zaman feudal di Jepun dan Korea.

Nota 6: Dato’ Lembaga di Sungei Ujong mengetuai kawasan/lingkungan/jajahan. Sementara itu, Waris pula diketuai oleh Tua Waris dalam Sungei Ujong. Manakala Buapak mengetuai anak-anak buahnya.

*Mengikut rekod terdapat 91 waris seluruh Luak Sungei Ujong sehingga November 2022

A) Waris di-Darat
1) Waris Klana di-Hulu (Waris Negeri) – Tunggak Dato’ Johan Tua Tahu
2) Waris Klana di-Hilir (Waris Negeri) – Tunggak Dato’ Maharaja Lela
3) Waris Andulika Mandulika (Waris Negeri) – Tunggak Dato’ Andulika Mandulika

B) Waris Biduanda Paroi – Tunggak Dato’ Dagang Paroi (Bergajah Tunggal)

C) Waris Lembaga Tiga di-Pantai bawah naungan Dato’ Andulika Mandulika
1) Waris Batu Hampar Pantai – Tunggak Dato’ Maharaja Indera
2) Waris Biduanda Pantai – Tunggak Dato’ Raja di-Muda
3) Waris Semelenggang Pantai – Tunggak Dato’ Menteri

D) Waris Pantai
1) Waris Batu Hampar Minangkabau (Pantai)
2) Waris Batu Hampar Jempol (Pantai)
3) Waris Anak Bentan (Pantai)
4) Waris Anak Klang (Pantai)
5) Waris Batu (Pantai)
6) Waris Nyoinyoi (Pantai)
7) Waris Dusun (Pantai)
8) Waris Getok (Pantai)
9) Waris Tinggang/Mayor (Pantai)

E) Waris Bersalasilah Mendom – Tunggak Dato’ Lela Perkasa bawah naungan Dato’ Johan Tua Tahu

F) Waris Anak-anak Dagang Lenggeng – Tunggak Dato’ Penghulu Dagang bawah naungan Dato’ Johan Tua Tahu
1) Waris Biduanda Rembau
2) Waris Anak Agam
3) Waris Anak Piliang
4) Waris Anak Bonjol
5) Waris Anak Kumpulan
6) Waris Anak Melayu Kaum Kerajaan
7) Waris Anak Melayu Pasir Laweh
8) Waris Anak Melayu
9) Waris Pantai
10) Waris Sungai Machang Ulu
11) Waris Sungai Machang Hilir
12) Waris Batu Hampar
13) Waris Paya Kumboh
14) Waris Anak Rawa
15) Waris Tanah Datar
16) Waris Anak Mandailing
17) Waris Orang Jelebu
18) Waris Anak Melempah
19) Waris Anak Semawang
20) Waris Anak Alahan Mati
21) Waris Anak Aceh
22) Waris Anak Kota
23) Waris Selemak/Seri Lemak
24) Waris Anak Kampar
25) Waris Anak Minangkabau

G) Waris Mantin – Tunggak Dato’ Andatar bawah naungan Dato’ Maharaja Lela
1) Waris Biduanda Setul (Mantin)
2) Waris Biduanda Pantai (Mantin)
3) Waris Biduanda Klang (Mantin)
4) Waris Batu Hampar Kerinci (Mantin)
5) Waris Gebok (Mantin)
6) Waris Batang Penar (Mantin)

H) Waris di-Ayer (Waris Negeri) – Tunggak Dato’ Syahbandar & Dato Seri Maharaja Diraja
1) Perut Nenek Sulong
2) Perut Nenek Susu Dara
3) Perut Nenek Susu Ganda
4) Perut Nenek Tunggal

I) Waris Lingkungan di-Ayer bawah naungan Dato’ Seri Maharaja Diraja
1. Biduanda Klang Labu
2. Biduanda Klang Labu Hilir
3. Biduanda Klang Kuala Sawah-Rantau
4. Anak Aceh Labu
5. Paya Kumbuh Labu Hilir
6. Tanah Datar Labu
7. Tanah Datar Labu Hilir
8. Batu Hampar Labu
9. Batu Hampar Labu Hilir
10. Tiga Batu Labu Hilir
11. Semelenggang Labu Hilir
12. Semelenggang Labu Hulu
13. Mungkal Labu Hilir

J) Waris Anak Dagang di-Ayer bawah naungan Dato’ Seri Maharaja Diraja
1. Anak Jawa
2. Anak Sumatera
3. Anak Lingkungan Labu Hilir
4. Anak Lingkungan

K) Waris Rantau – Tunggak Dato’ Akhirzaman Rantau
1) Waris Biduanda Rantau
2) Waris Batu Hampar Rantau
3) Waris Paya Kumboh Rantau
4) Waris Mungkal Rantau
5) Waris Anak Aceh Rantau
6) Waris Anak Jawa Rantau

L) Waris Labu – Tunggak Dato’ Muda Labu (Bergajah Tunggal)
1) Waris Labu Perut Nenek Tunggal
2) Waris Paya Kumboh Tiga Nenek (Labu)
3) Waris Batu Hampar (Labu)
4) Waris Tanah Datar (Labu)
5) Waris Durian Tunggal (Labu)
6) Waris Mungkal (Labu)
7) Waris Semelenggang (Labu)
8) Waris Tiga Batu (Labu)
9) Waris Jeram (Labu)
10) Waris Minangkabau (Labu)
11) Waris Jawa (Labu)
12) Waris Paya Kumboh Sungai Layang
13) Waris Duanda
14) Waris Duanda Air Pa’abas Melaka
15) Waris Duanda Tampin
16) Waris Anak Dagang Nilai

M) Waris Linggi – Tunggak Dato’ Muda Linggi (Bergajah Tunggal)
1) Waris Solok
2) Waris Hilir
3) Waris Pengkalan

Sumber:

  1. JSBRAS Vol 28, Adat Sungei Ujong, 1895
  2. JSBRAS Vol 53, Notes On Malay History oleh Blagden, 1909
  3. JMBRAS Vol 22, Sungei Ujong oleh J.M Gullick, 1949
  4. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan, Manuskrip Sejarah Sungei Ujong, 1991
  5. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010
  6. Rekod Luak Sungei Ujong didalam Simpanan Akrib Sungei Ujong

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong