Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Sejarah
sungei Ujong

Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.

100%

Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar

Yang Mulia Waris Nan Tertua Klana Ahli Jemaah Pemangku YAM Tuan Besar Negeri Sembilan

YTM Dato Klana Petra Mohammad Kassim Abdul Rashid

YTM Dato Klana Petra Mohammad Kassim Abdul Rashid
& YAM Toh Puan

Waris Nan Tertua Klana Hulu

Waris Nan Tertua Klana Hilir

Waris Nan Tertua Klana di-Hilir Abdul Khalid bin YTM Dato’ Klana Petra Ma’amor semasa zaman pemerintahan YTM Dato’ Klana Petra Muhammad Kassim bin YM Dato’ Andulika Mandulika Abdul Rashid pernah menjadi ahli jemaah pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Ia berlaku ketika YAM Tuan Besar Tuanku Abdul Rahman dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Semasa itu, anggota jemaah pemangku terdiri daripada Tunku Laxamana, Tunku Muda Serting, Tunku Panglima Besar dan Waris Nan Tertua Klana di-Hilir.

Kuasa memilih Waris Nan Tertua sama ada dari Waris Klana di-Hulu atau di-Hilir dalam jemaah pemangku Yang di-Pertuan Besar merupakan prerogatif YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Tujuan Waris Nan Tertua Klana menjadi wakil YTM Dato’ Klana Petra dalam jemaah pemangku adalah sebagai pengimbang antara Putera Yang Empat dan Pembesar-Pembesar Memerintah lain dalam urusan pemerintahan negeri.

Ia selaras dengan peruntukan Fasal 12 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 mengenai pemilihan Jemaah Pangkuan Yang di-Pertuan Besar.


Nota 1: Waris Nan Tertua Klana di-Hilir Abdul Khalid adalah ayahanda YAM Dato’ Syahbandar Sungei Ujong Dato’ Seri Utama Badaruddin.

Nota 2: Waris Nan Tertua Klana di-Hilir Abdul Khalid merupakan datuk saudara kepada YTM Dato’ Klana Petra Mubarak bin Dohak.

Nota 3: Pada zaman pemerintahan YTM Dato’ Klana Petra Ma’amor bin YM Dato Menteri Kassim, seorang Waris Nan Tertua Klana di-Hulu pernah menjadi sebahagian ahli Jemaah Pemangku Yang di-Pertuan Besar, apabila YAM Tuan Besar Tuanku Muhammad tiada dalam Negeri Sembilan lebih dari 30 hari.

Nota 4: YTM Dato’ Klana Petra Ma’amor bin YM Dato Menteri Kassim memerintah antara 1889 – 1945, manakala YTM Dato’ Klana Petra Muhammad Kassim bin YM Dato’ Andulika Mandulika Abdul Rashid memerintah antara 1945-1983


Sumber penceritaan:
1. YM Dato’ Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu, 2023
2. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, 1959
3. Manuskrip YTM Dato’ Klana Petra Lela Setia Mohamad Yusof dan YTM Dato’ Klana Petra Ma’amor (simpanan Arkib Luak Sungei Ujong)

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong