Chupak yang pěpat
Gantang yang piawai,
Bungkal yang betul
Těraju yang baik,
Tidak boleh di-paling lagi.

SISTEM PEMERINTAHAN SUNGEI UJONG

Paterana Kebawah Kaus YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Balai Istiadat dan Kediaman Kebawah Kaus YTM Dato Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Peterana Telaga Undang Luak Sungei Ujong.

Telaga Undang Luak Sungei Ujong, Pusat Adat Purbakala

Alat Kebesaran Telaga Undang Luak Sungei Ujong.

WARIS NEGERI:- WARIS DI-DARAT & WARIS DI-AYER.

Yang Mulia Orang Kaya Laksamana Raja Laut Shaharumzaman Bin Dato Lelabangsa Haji Abdul Malek 

YM Dato Andulika Mandalika Zainol Ariffin Bin Ibrahim

YM Dato Seri Maharaja Diraja Haji Anas Bin Shamsudin

YM Dato Johan Tua Tahu Wan Khairil Adli Bin Mohd Yusoff

YM Dato Maharaja Lela Abdul Mokti Bin Haji Abd Aziz

Sebagai pengamal adat zaman purbakala, Sungei Ujong tidak menggunakan sistem suku nan 12 atau 12 suku yang biasa didendangkan banyak pihak, sebaliknya memakai sistem waris dalam struktur pemerintahan negeri dan pentadbiran adat.

Waris Negeri Sungei Ujong berketurunan Dato’ Bendahara Skudai Bendahara Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga terbahagi kepada dua iaitu Waris di-Darat dan Waris di-Ayer.

Bagi Waris di-Darat, mereka terbahagi kepada dua iaitu Waris Andulika Mandalika dan Waris Negeri Klana. Waris Klana pula dibahagikan kepada dua perut iaitu Waris Klana di-Hulu dan Waris Klana di-Hilir.

Pembesar-pembesar bagi Waris Negeri di-Darat ialah:

YM Dato’ Orang Kaya Laksamana (Waris Klana di-Hulu/di-Hilir)

YM Dato’ Andulika Mandalika (Tua Lembaga Waris di-Darat)

YM Dato’ Johan Tua Tahu (Tua Waris Klana di-Hulu)

YM Dato’ Maharaja Lela (Tua Waris Klana di-Hilir)

YM Dato’ Lela Bangsa (Buapak Waris Klana di-Hilir)

YM Dato’ Sinda Maharaja (Buapak Waris Andulika Mandalika)

Bagi Waris Negeri di-Ayer, pembesarnya ialah YM Dato’ Seri Maharaja Diraja (Tua Lembaga Waris di-Ayer). Beliau juga salah seorang Lembaga Tiang Balai Undang Luak Sungei Ujong.

Selain Waris Negeri terdapat juga Waris-waris yang lain bernaung di bawah YTM Dato Klana Petra Undang Sungei Ujong seperti:

– Waris Rantau diketuai YM Dato’ Akhirzaman Rantau. Bernaung di bawah YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

– Waris Labu diketuai YM Dato’ Muda Labu Bergajah Tunggal dan boleh menjadi salah seorang Lembaga Tiang Balai Undang Luak Sungei Ujong dan bernaung di bawah YTM Dato’ Klana Petra Undang Sungei Ujong.

– Waris Biduanda Paroi diketuai YM Dato’ Dagang Paroi Bergajah Tunggal. Boleh menjadi salah seorang Lembaga Tiang Balai Undang Luak Sungei Ujong dan bernaung di bawah YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

– Waris Linggi diketuai YM Orang Kaya Besar Dato’ Muda Linggi Bergajah Tunggal. Bernaung di bawah YTM Dato’ Klana Petra Undang Sungei Ujong.

Selain Waris-waris dinyatakan, terdapat juga pembesar-pembesar lain mewakili Waris-waris lingkungan/jajahan yang bernaung di bawah YTM Dato’ Klana Petra Undang Sungei Ujong.

Nota 1: Waris Rantau, Waris Linggi dan Waris Biduanda Paroi tidak tergolong dalam Waris Negeri kerana mereka bukan berketurunan Dato’ Bendahara Sekudai Bendahara Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga.

Nota 2: Bergajah tunggal bermaksud pentadbiran oleh Dato’ Lembaga berkenaan mempunyai kuasa autonomi tersendiri.

Nota 3: Orang Kaya Besar YM Dato Muda Linggi berkedudukan sebagai anak manja YTM Dato’ Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.

Nota 4: Waris-waris lingkungan/jajahan juga tidak tergolong di dalam Waris Negeri kerana mereka bukan berketurunan Dato’ Bendahara Sekudai Bendahara Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga.

Penerbitan oleh Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.

Sumber penceritaan:
1. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan, Manuskrip Sejarah Sungei Ujong, 1991
2. JMBRAS Vol 22, Sungei Ujong oleh J.M Gullick, 1949
3. JSBRAS Vol 53, Notes On Malay History oleh Blagden, 1909
4. JSBRAS Vol 28, Adat Sungei Ujong, 1895

* Tulisan J.M Gullick berdasarkan kajian R.J Wilkinson pada 1921 yang menemuramah YM Dato’ Orang Kaya Laksamana Hajah Boghdad dan meneliti manuskrip-manuskrip purba Waris Klana.

YM Orang Kaya Besar Dato Muda Linggi Dr. Amran Bin Salleh

Bergajah Tunggal 

Waris Linggi

YM Dato Akhirulzaman Rantau Sallehan Bin Ismail

Tiang Balai Sungei Ujong 

Waris Rantau – Lingkungan Waris Di-Ayer

YM Dato Dagang Paroi Muhammad Habshah Bin Ismail

Tiang Balai Sungei Ujong

Waris Biduanda Paroi

YM Dato Muda Labu Haji Kamaruddin Bin Haji Mohd Awal

Bergajah Tunggal

Waris Di-Ayer

 

Dato-Dato Lembaga Luak Sungei Ujong Memerintah Kawasan, Bukan Suku Seperti Luak Lain Di Negeri Sembilan

Dato-dato Lembaga Luak Sungei Ujong diamanahkan YTM Dato’ Klana Petra untuk menjaga jajahan Undang Luak Sungei Ujong yang meliputi keseluruhan daerah Seremban dan daerah Port Dickson.

Dato-dato Lembaga Luak Sungei Ujong ini bertanggungjawab ke atas kariah-kariah masjid dalam kawasan@lingkungan@jajahan yang diketuainya selain mengetuai hal ehwal adat. Ia jelas disebut dalam perbilangan Adat Purbakala Sungei Ujong:

Undang memerintah negeri
Lembaga memerintah lingkungan
Tua memerintah waris
Buapak memerintah anak buah

Dato-dato Lembaga di Sungei Ujong tidak memerintah suku atau kelompok tertentu seperti amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Dato Lembaga memerintah kawasan atau lingkungan ini sebenarnya amalan Adat Purbakala yang diwarisi sejak lebih 700 tahun lalu. Secara perbandingan dengan negeri Melayu lain, boleh difahamkan seperti berikut:

Perak – Dato’ Orang Besar memerintah Jajahan
Selangor – Dato’ Orang Besar memerintah Daerah
Sungei Ujong – Dato’ Lembaga memerintah Lingkungan

Kepada yang masih tertanya-tanya atau mempersoalkannya, boleh lihat dan dengar sendiri sedutan sabda ucapan YTM Dato’ Klana Petra Dato Haji Mubarak Dohak Undang Luak Sungei Ujong ke-10 mengenai kedudukan YM Dato-Dato Lembaga Sungei Ujong semasa istiadat mengenal batang tubuh YM Orang Kaya Besar Dato Muda Linggi baru-baru ini.

Nota 1: Sungei Ujong mengamalkan Adat Purbakala dan bukan Adat Perpatih.

Nota 2: Sungei Ujong tiada tanah adat dan berpegang pada hukum Syarak

LUAK SUNGEI UJONG TIADA TANAH ADAT

Yang Teramat Mulia Dato Klana Petra Lela Setia Mohammad Yusof

Yang Teramat Mulia Dato Klana Petra Ma’amor

Peta Luak Sungei Ujong

Makam 

YM Sheikh ‘ul Islam Sungei Ujong 

Sheikh Muhammad Said Al-Linggi

YM Sheikh ‘ul Islam Sungei Ujong

Sheikh Ahmad Al-Linggi

Mufti Negeri Sembilan

“Ada pun těmpat těrbit běnar itu daripada daripada muafakat, daripada Kitab Allah, daripada Pusaka. Ada pun asal běnar itu ěmpat pěrkara: daripada perkataan Allah, daripada dalil dan hadith Rasul Allah, daripada sěgala ulama dan imam, Shafi’i, Hanafi, Hanbali, daripada Nabi Allah Adam,”

Petikan Fasal 4 Undang-undang Sungei Ujong.

Sebagai luak mengamalkan Adat Purbakala, Luak Sungei Ujong tidak mempunyai sebarang tanah adat melainkan Tanah Simpanan Melayu sahaja.

Tanah-tanah di seluruh daerah Seremban dan daerah Port Dickson tidak tertakluk pada enakmen pemegangan tanah adat di Negeri Sembilan.

Sistem tanah adat di Sungei Ujong dimansuhkan secara berperingkat mulai 1883, semasa zaman pemerintahan YTM Dato’ Klana Petra Lela Setia Mohd Yusof bin Hashim apabila pewarisan harta pusaka tidak lagi diserahkan kepada perempuan tetapi diagihkan kepada waris yang berhak dalam keluarga si mati mengikut hukum Islam.

Petikan Fasal 53 Undang-Undang Sungei Ujong

Ada pun měrtabat Raja itu atas 10 pěrkara: (1) běr-banyak-banyak shukor; (2) sidik, (3) běrilmu lagi kaya, (4) běrani, (5) jaga lagi tawakkul, (6) tawakkul serta yakin, (7) tětap ‘akal, (8) sabar, (9) měmběri kěhěndak segala ra’yat-nya, (10) tahu akan pangkat dan měrtabat ra’yat-nya sakalian. Jikalau těrpakai segala yang tersebut itu oleh segala Raja-Raja, něschaya selamat barang pěkěrjaan-nya. Inshâ’a ‘llâh ta’âlâ.

Ketika pemerintahan YTM Dato’ Klana Petra Ma’amor bin YM Dato’ Menteri Kassim, sistem tanah adat tidak digunapakai dalam tahun 1920-an selepas mendapat pandangan daripada ulama terkemuka Sheikh Ul Islam Sungei Ujong Haji Muhammad Said al-Linggi dan menggunakan sistem pewarisan tanah berdasarkan hukum syarak sepenuhnya.

Semua tanah di Sungei Ujong dan seluruh jajahannya di bawah hak YTM Dato’ Klana Petra.

Walau tiada tanah adat, semua tanah adalah (hak waris Sungei Ujong) dan semua urusan wajar mendapat restu perkenan YTM Dato’ Undang Luak Sungei Ujong (yakni Waris Negeri)

Firman Allah:

{ یُوصِیكُمُ ٱللَّهُ فِیۤ أَوۡلَـٰدِكُمۡۖ لِلذَّكَرِ مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَیَیۡنِۚ فَإِن كُنَّ نِسَاۤءࣰ فَوۡقَ ٱثۡنَتَیۡنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَۖ وَإِن كَانَتۡ وَ ٰ⁠حِدَةࣰ فَلَهَا ٱلنِّصۡفُۚ وَلِأَبَوَیۡهِ لِكُلِّ وَ ٰ⁠حِدࣲ مِّنۡهُمَا ٱلسُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِن كَانَ لَهُۥ وَلَدࣱۚ فَإِن لَّمۡ یَكُن لَّهُۥ وَلَدࣱ وَوَرِثَهُۥۤ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ ٱلثُّلُثُۚ فَإِن كَانَ لَهُۥۤ إِخۡوَةࣱ فَلِأُمِّهِ ٱلسُّدُسُۚ مِنۢ بَعۡدِ وَصِیَّةࣲ یُوصِی بِهَاۤ أَوۡ دَیۡنٍۗ ءَابَاۤؤُكُمۡ وَأَبۡنَاۤؤُكُمۡ لَا تَدۡرُونَ أَیُّهُمۡ أَقۡرَبُ لَكُمۡ نَفۡعࣰاۚ فَرِیضَةࣰ مِّنَ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِیمًا حَكِیمࣰا }

[Surah An-Nisâ’: 11]

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Nota 1: Sistem pewarisan tanah pusaka Sungei Ujong mengikut hukum syarak sepenuhnya

Nota 2: Sistem perwarisan tanah adat sebelum dimansuhkan adalah mengikut Waris, bukan bersuku seperti Adat Perpatih

Nota 3: Luak Sungei Ujong tidak pernah menggunakan sistem Suku Nan 12 atau 12 Suku

Sila rujuk artikel “Biduanda (Beduande – بدواند) bukan suku di Sungei Ujong?”

https://majlisdatolsu.com/sejarah-sungei-ujong/

 

Sumber:

1. Pelaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan, Nadzan Haron, 1992.

2. Sungei Ujong State Council Proceedings, 27 April 1893

3. Islam vs Adat in Negeri Sembilan, Patrick de Josselin de Jong, 1960

4. Undang-undang Sungei Ujong (Kurun Ke-14)

Sila rujuk artikel “Sungei Ujong Satu-Satunya Luak Ada Undang-Undang Melayu Sendiri Setanding Kerajaan-Kerajaan Melayu Lain Pada Waktu Tersebut”

https://majlisdatolsu.com/undang-undang-sungei-ujong/

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong