Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong DK

Undang-Undang

Sungei Ujong

Sejajar Zaman

Kesultanan Melayu Melaka 

Kurun Ke-14

100%

SUNGEI UJONG SATU-SATUNYA LUAK ADA UNDANG-UNDANG MELAYU SENDIRI SETANDING KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU LAIN PADA WAKTU TERSEBUT

Undang-undang Sungei Ujong diasaskan berdasar Hukum Kanun Melaka yang dikuatkuasa mengikut hukum Islam.

Dipercayai ditulis sekitar abad ke-14, Sungei Ujong mempunyai undang-undang sendiri hasil pengaruh Bendahara Kesultanan Melaka yang menjadi Dato’ Penghulu Menteri luak tertua ini.

Antara intipatinya ialah:

– peranan segala Penghulu Menteri, Orang-orang Besar, Pegawai, Hulubalang dan golongan hamba rakyat di dalam Negeri Sungei Ujong

– pantang larang dalam kalangan masyarakat

– hukuman kesalahan jenayah dan awam

– undang-undang keluarga

– penyelesaian masalah dari segi agama Islam dan muamalat yang jelas

– mengandungi pantun dan hadis Melayu daripada kata-kata Bendahara yang diangkat sebagai Penghulu Menteri di Negeri Sungei Ujong

– menekankan segala Undang-undang Sungei Ujong berlandas firman Allah SWT, hadis Rasulullah SAW, kitabullah, syarak dan ijtihad daripada ulama dan Imam Shafie, Hanafi, Hanbali, Maliki dan dari Nabi Adam A.S


Selaras Fasal 32 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan takrif “undang-undang” pada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, ia menjadikan Undang-undang Sungei Ujong kekal terpakai di Luak Sungei Ujong sehingga hari ini.

Undang-Undang Sungei Ujong diiktiraf sebagai undang-undang Melayu klasik bertulis seperti Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Johor, Undang-Undang Kedah, Hukum Kanun Perak (termasuk Undang-Undang 99 Perak).

Ia digubal Dato’ Penghulu Menteri dan seterusnya YTM Dato’ Undang serta YM Dato’ Lembaga Sungei Ujong sejak ratusan tahun lalu. Sekali gus menjadikan Sungei Ujong satu-satunya luak ada undang-undang bertulis sendiri secara sistematik dan teratur mengikut model Kesultanan Melaka.

Undang-undang Sungei Ujong berkuatkuasa, berkembang terus-menerus sepanjang zaman sejak Islam menjadi dasar pentadbiran kerajaan Sungei Ujong, lama sebelum Negeri Sembilan yang kita kenali hari ini terbentuk.


Nota 1: Sebelum Negeri Sembilan terbentuk, Undang-undang Sungei Ujong menjadi rujukan utama Luak Sungei Ujong. Selepas merdeka Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menjadi rujukan utama.

Nota 2: Undang-undang Sungei Ujong masih berkuat kuasa dan relevan selaras Perkara 160 dalam takrif “undang-undang” dan “undang-undang sebelum merdeka” serta Fasal 32 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

 

Sumber penceritaan:

1. YM Dato’ Johan Tua Tahu, Pantai, Seremban, 2023

2. JMBRAS, Vol 27, No 3, A Digest of Customary Law from Sungai Ujong, July 1954, Richard Winstedt and Patrick Edward de Josselin de Jong

3. Jurnal Syariah, 1(1), 146–152. Sejarah penulisan dan perlaksanaan hukum Islam di Nusantara, 1993, Abdul Jalil Borhan

4. Hukum Kanun negeri-negeri Melayu masih berkuat kuasa dalam kerangka Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan, Kamarool Haidi, editormalaysia.com, 8 Jun 2020

5. Adat Perlembagaan dalam Konteks Perlembagaan Persekutuan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Professor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain (P.J.N) – Professor Madya Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

6. Professor Madya Dr. Khairudin Aljunied dalam X.com:-  This is from “A Digest of Customary Law from Sungei Ujong.” Totally blew my mid. The marks of an intelligent man are ten, five external and five internal. Statement yang dikeluarkan mengenai Undang-Undang Sungei Ujong. – Professor Madya Universiti Malaya, National University of Singapore dan pakar didalam kajian Asia dan Dunia Islam.

https://x.com/KAljunied/status/1268159690266914816?t=uqBAGWXcW_2zY5d6DNQP9Q&s=08

FASAL 1&2

1. Bismillahi ‘r-rahmani ‘r-rahim. Kětahuï oleh-mu, hai segala penghulu dan segala mant(ěr)i dan segala orang besar-besar di-dalam negeri atau luak atau tiap-tiap laras, chupak yang asali jua nama-nya. Ada pun segala manusia dan segala binatang, keta- huï-lah oleh engkau měrtabat-nya dan pangkat-nya supaya selamat barang pekerjaan kamu, hai segala yang berakal.

2. Ada pun tiap-tiap manusia itu raja pada těmpat-nya; orang kebanyakan itu raja pada těmpat-nya; pěnghulu itu raja pada těmpat-nya; pěgawai itu raja pada těmpat-nya; hulubalang itu raja pada tempat-nya; kanak-kanak itu raja pada těmpat-nya; pěrěmpuan itu raja pada těmpat-nya; imam khatib itu raja pada těmpat-nya; bilal maulana raja pada těmpat-nya; sidang juma’at raja pada tempat-nya; segala binatang itu raja pada těmpat-nya; ayam itek itu raja pada tempat-nya; segala burong itu raja pada těmpat-nya.

FASAL 3

Jikalau běrseliseh segala něgěri atau těluk atau laras dan lagi běting rantau, maka kusut yang akan měnyělěsaikan, kěrok yang akan menjernekkan, hilang yang akan měnchari hanya-lah Daulat Yang di-pertuan. Maka penghulu dan hulubalang semua-nya mengiringkan Raja sahaja: di-sana-lah Raja segala’alam; yang lain daripada-nya itu měndapat kebesaran daripada-nya sahaja.

FASAL 4

Ada pun tempat terbit běnar itu daripada tiga pěrkara: daripada muafakat, daripada Kitab Allah, daripada pusaka.- Ada pun asal běnar itu empat pěrkara: daripada perkataan Allah, daripada dalil dan hadith Rasul Allah, daripada ikhtiar daripada segala ulama dan imam, Shafi’i, Hanafi, Hanbali, Maliki, dan daripada Nabi Allah Adam ‘alaihi ‘s-salam.

FASAL 5

Ada pun biasa pada kita: rantau yang běraja, luak yang ber-penghulu, rapat něgěri yang bertua-tua. Dan lagi biasa pada kita: pada ‘adat menghilangkan yang burok, měnimbulkan yang baik: kata shara (al-amru bi ‘l-ma’rûfi wa ‘l-nahyu ‘an il-munkari+), měnyurohkan berbuat baik dan měněgahkan běrbuat jahat, itu pun utang juga pada kita.

FASAL 6

Ada pun tatkala masa dahulu, sumur bergali, negeri berchachak, ‘adat yang di-pakai, shara’ yang kita terima. Ada pun hukumkan pada ‘adat ia-lah yang di-pakai kita terima daripada nenek moyang kita dari zaman purbakala enam prrkara: (1) chupak yang asali, (2) chupak buatan, (3) kata pusaka, (4) kata muafakat, (5) kata dahulu yang di-tepati, (6) kata kemudian kata berchari.

FASAL 7

Asal Chupak Yang Asali

Itu-lah chupak yang di-pakai orang Mekkah dan Medinah, dan orang Acheh dan orang rantau dan orang Ulakan dan Perian- gan, Balai Panjang lalu kapada kita datang sekarang ini.

FASAL 7

Seperti Kata Hadith Melayu:

Chupak yang pepat;

Gantang yang piawai;

Bungkal yang betul Teraju yang baik;

Tidak boleh di-paling lagi.

 

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong