Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

sejarah
sungei Ujong

Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.

100%

Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar

Dato Undang Yang Empat Sama Berdaulat Dengan Raja-Raja Melayu Tubuhkan Persekutuan Tanah Melayu

Gambar Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhasil daripada perjanjian antara Raja-raja, Dato’ Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin dengan Sir Gerard Edward James Gent sebagai wakil Raja Britain pada 21 Januari 1948 dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948.

Berikutan itu satu siri perjanjian negeri turut ditandatangani secara berasingan antara British dengan Raja-raja dan Dato’ Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

Penandatangan-penandatangan itu ialah:

1. Sultan Ibrahim, Sultan Negeri dan Jajahan Takluk Johor
2. Sultan Abu Bakar, Sultan Negeri Pahang
3. Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
4. Dato’ Klana Petra Muhammad Kassim bin Dato’ Andulika Mandalika Haji Abdul Rashid, Undang Luak Sungai Ujong
5. Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Shahmaruddin bin Abdul Rahman, Undang Luak Jelebu
6. Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Abdul Manap bin Tolok, Undang Luak Johol
7. Dato’ Lela Maharaja Haji Ipap bin Abdullah, Undang Luak Rembau
8. Tunku Syed Idrus bin Tunku Syed Muhammad al-Qadri, Tunku Besar Tampin
9. Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Negeri Selangor
10. Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah, Sultan Negeri Perak
11. Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah
12. Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
13. Sultan Ibrahim, Sultan Negeri Kelantan
14. Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Negeri Terengganu
15. Sir Gerard Edward James Gent bagi pihak Raja George VI

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperuntukkan gabungan kesembilan negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka bagi membentuk persekutuan sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau dalam bahasa Inggeris, Federation of Malaya.

Serentak itu, perjanjian negeri juga secara berasingan memperuntukkan supaya mengadakan satu perlembagaan bertulis bagi pemerintahan negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu. Bagi Pulau Pinang dan Melaka satu perintah dalam Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1948 diisytiharkan memperuntukkan perlembagaan bertulis bagi kedua-dua negeri tersebut.

Bagi pihak orang Melayu perjanjian Persekutuan 1948 merupakan satu kemenangan besar kerana ia mengembalikan hak pertuanan Melayu; dalam erti kata Tanah Melayu merupakan negeri bertuan.

Oleh itu, pihak British tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan apa yang ia kehendaki dan apa yang perlu dibuang. Bagi persepsi Raja-raja Melayu pula perjanjian tersebut mengembalikan kedaulatan Raja-raja, Dato’ Undang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Kedaulatan Dato’ Undang Empat, Tunku Besar Tampin dan Raja-raja diperkukuhkan dengan kandungan Fasal 155 Perjanjian Persekutuan iaitu: “save as expressed herein, this agreement shall not affect the sovereignty and jurisdiction of their Highnesses the Rulers in their several States.

Gambar foto simpanan Arkib Negara menunjukkan barisan penandatangan-penandatangan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dimeterai di King’s House (kini Carcosa Seri Negara) di Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948.

Duduk dari kiri ialah:

Dato’ Lela Maharaja Haji Ipap bin Abdullah, Undang Luak Rembau; Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Shahmaruddin bin Abdul Rahman, Undang Luak Jelebu; Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Negeri Terengganu; Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis; Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah, Sultan Negeri Perak; Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan; Sir Gerard Edward James Gent, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu; Sultan Abu Bakar, Sultan Negeri Pahang; Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Negeri Selangor; Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah; Sultan Ibrahim, Sultan Negeri Kelantan; Dato’ Klana Petra Muhammad Kassim bin Dato’ Andulika Mandalika Haji Abdul Rashid, Undang Luak Sungai Ujong; Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Abdul Manap bin Tolok, Undang Luak Johol dan Tunku Syed Idrus bin Tunku Syed Muhammad al-Qadri, Tunku Besar Tampin.

Sumber penceritaan:
1. Malayan Union dan Persekutuan 1948 oleh Dr Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus, 2017

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong