Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong

Luak Johol

Yang tiada lengkang di-panas,
Yang tiada lapok oleh hujan;
Sa-tapak tiada lalu,
Sa-tapak tiada surut.

50%

Hak Milik © Arkib Sungei Ujong - Terbitan Berfakta & Benar

Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia
Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan

DATO' MUHAMMAD BIN HJ. ABDULLAH
UNDANG LUAK JOHOL

DTNS, ANS, PMC, PJK, PKL

Buletin Terkini

ISTIADAT MATA BENIH DAN MENZAHIRKAN KEJADIAN
YM DATO' PENGHULU PESAKA LUAK GEMENCHEH
KEBAWAH KAUS YTM DATO' UNDANG LUAK JOHOL

INI ADALAH ADAT YANG DIADATKAN

Sealur dengan perbilangan, bertangga naik berjenjang turun, institusi adat tegar merentang zaman penyandang pesakanya yg silih berganti gilir menggilir suku kulu dan suku hilir. 

Kehadiran oleh Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Undang Luak Johol, YAM Dato’ Baginda Luak Johol, YM Dato’ Penghulu Pesaka Luak Gemencheh, YM Dato’ Penghulu Pesaka Luak Pasir Besar beserta Dato’ Lembaga, Dato’ Lembaga Pesaka Luak Air Kuning, Ibu Waris Suku Biduanda Gemencheh, Ibu Soko Luak Johol, Ibu Soko Pesaka Luak Gemencheh, Anak-anak buah Pesaka Luak Gemencheh, Kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Para Jemputan. 

Istiadat dimulakan dengan diseru oleh Juru acara Ibu Soko Waris Biduanda Gemencheh menyerahkan Tepak acara kepada Dato’ Buapak Waris Biduanda Gemencheh untuk dipersembahkan kpd kepala adat iaitu YM Dato’ Jenang yang seterusnya dipanjangkan pula kepada ‘lidah balai’ YM Dato’ Menteri Luak Johol bagi mendapat perkenan ke bawah kaus YTM Dato’ Udang Luak Johol Majlis seterusnya Dato’ Menteri menyeru Mato Boneh mara untuk disempurnakan penyampaian ‘Watikah’ perlantikan Mato Boneh. Mato Boneh membacakan lafaz ikrar taat setia ke bawah kaus YTM Dato’ Undang Luak Johol. 

Seusai melafazkan ikrar, juruacara majlis mohon perkenan Kebawah Kaus YTM Dato’ Undang Luak Johol menabur sabda. Sabda Kebawah Kaus YTM Dato’ Undang Luak Johol menyeru kalangan penyandang pesaka adat dari sekecil-kecil adat hingga sebesar-besar bertujuan dengan pengetahuan tersebut akan mempermudahkan urusan anak buah masing -masing. 

Majlis disira dengan manisan doa yang dilantunkan oleh Ustaz Setiausaha Sulit YTM Dato’ Undang Johol sebagai pelengkap acara. 

Juru acara menjunjung kasih ke bawah Kaus YTM Dato’ Undang menutup tirai majlis. Sekalung ucapan tahniah kepada YM DATO’ ORANG KAYA SITIAWAN PENGHULU PESAKA LUAK GEMENCHEH DATO’ ABDUL MALIK BIN ABDUL GHANI. 

Pokok pinang dibawah tingkap, 

Diatur sekata dibuat garam, 

YM Dato’ Penghulu Pesaka Luak Gemencheh sudah diangkat, 

Bersyukur kita kehadarat Allah. 

Juru acara majlis mengumumkan Ke bawah Kaus YTM Dato’ Undang Luak Johol meninggalkan Majlis. Istiadat menyerahkan Mato Boneh dan menzahirkan kejadian telah tamat jam 11.30 pagi. Aaminn Ya MUJIBASSAILLIN

🤲. Disusun oleh: 

Dato’ Buapak Waris Biduanda Gemencheh Dato’ Hj.Zainal Abidin Hj Othman.

‘COFFEE TABLE’
‘WARISAN ADAT JOHOL - ISTIADAT KERJAN UNDANG YANG KE-15’
BERJAYA DITERBITKAN

BUKU TERSEBUT TELAH DILANCARKAN OLEH KEBAWAH KAUS YTM DATO’ JOHAN PAHLAWAN LEKA PERKASA SITIAWAN DATO’ HAJI MUHAMMED BIN HAJI ABDULLAH DI MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM AMAL YANG DIADAKAN DI HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA PADA 1 OKTOBER 2022 BERJAYA DITERBITKAN.

Kongsikan:

Hak Cipta © Copyrights 2023. Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong. All Rights Reserved | Dchampion Creation | Dikemaskini pada 01 Januari 2024.

Share this:

Like this:

Like Loading...
error: Content is protected !!
Portal Rasmi Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong